IBU TUNGGAL DITETAK MENINGGAL DUNIA DI HULU KINTA

Seorang ibu tunggal ditemui maut dengan kesan tetak mati  di Hulu Kinta, Ipoh. Mangsa bernama Krishna Karunanithi (31) ditemui maut  di ruang dapur dalam keadaan berlumuran darah. Manakala seorang lelaki yang disyaki pembunuh pengsan lalu turut mengalami tetakan di badan,  kata Pengarah bahagian  jenayah SAC, Perak, Anuar Osman.

Menurut maklumat yang diberi oleh jiran pihak keselamatan tiba ke tempat kejadian untuk menjalankan  siasatan. Badan wanita itu terdapat kesan tikaman dengan benda yang tajam. Pihak polis menjumpai sebilah pisau yang  mungkin digunakan oleh mangsa atau pembunuh untuk ditikam. Pihak polis mengesyaki lelaki yang berumur 23 tahun dikenali oleh ibu tunggal dan sering ke rumah untuk memeras ugut wang dari mangsa.

Tetapi pihak polis masih menyiasat kesan tetakan pada badan lelaki itu ditikam oleh mangsa atau cubaan bunuh diri. Lelaki itu dibawa ke hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan . kejadian ini disaksikan oleh dua orang kanak-kanak  mangsa.Ibu beranak dua bekerja sebagai pembantu di rumah orang tua di Pasir Puteh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here