Saturday, September 18, 2021
Home Bahasa Malaysia PELAKON TERKENAL VIVEK MENEMUI AJAL

PELAKON TERKENAL VIVEK MENEMUI AJAL

Pelakon Komedi kollywood yang terkenal Vivek, Vivekanandan (59) menemui ajal pagi tadi pukul 4.35, waktu tempatan Malaysia 7.05 pagi di hospitaL SIMS di Vadapalani selepas diserang sakit jantung. Laporan times of India mengesahkan berita duka cita itu pagi tadi. 

Vivek, dilaporkan menerima suntikan vaksin COVID-19, Covaxin pada Khamis lalu dimasukkan ke hospital kerana didapati serangan jantung. 

Beliau bukan sahaja seorang pelakon komedi malah seorang penceramah yang berfikiran positif dan menjangkau minda muda-muda dan masyarakat India supaya berfikiran optimis.  Oleh kerana, Vivek membudayakan pemikiran pandangan jauh dalam watak-watak yang didukung beliau  juga mendapat nama gelaran sebagai ‘Chinna Kalaivanar’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here