LEBIH RAMAI PEMANDU DISENARAIHITAMKAN

MCA deputy president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Baru-baru ini, pemandu lori sering menghadapi masalah lesen disenaraihitamkan di Kuala Lumpur. Kebanyakkan masyarakat India golongan B40 memiliki kerjayanya sebagai pemandu lori. Setelah disenaraihitamkan ia menjadi kekangan  untuk bekerja setelah lesen mereka telah digantung akibat kecuaian majikan yang tidak membayar saman, kata ketua Pertubuhan Insan Peka Dr. Balachandran Gopal .

Sebelum ini kita pernah terima rayuan dari pemandu di Ipoh. Dr. Bala berkata untuk menangani masalah para pemandu lori India kami berjumpa Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Pemandu mengalami kemelut untuk membayar saman kerap kali dan akhirnya JPJ menyenaraihitamkan lesen pemandu tersebut. Pemandu yang tidak bersalah disaman kerana diarahkan oleh majikan memuatkan lebih mutan daripada yang disyorkan.

Ramai pemandu India berkongsi keluhan di media sosial apabila disenaraihitam oleh JPJ kerana kerap menerima saman akibat membawa lebih muatan.

Wee berkata dia berjumpa di pejabatnya semalam dan mendengar sendiri keluhan pemandu lori tersebut.

“Dalam pertemuan semalam, memiliki banyak saman kerana membawa lori lebih muatan yang bukan atas kehendaknya tetapi atas permintaan majikan atau syarikat pengangkutan.

“Sebagai pemandu lori, semua saman berkaitan lebih muatan terpaksa ditanggung sendiri oleh pemandu, bukannya syarikat tempat beliau bekerja. 

“Oleh kerana terlalu kerap menerima saman berkaitan membawa lebih muatan, ramai pemandu di Kuala Lumpur turut disenarai hitam oleh JPJ daripada memperbaharui lesennya,” katanya.

Pada masa krisis ekonomi disebabkan oleh Covid-19, ramai pemandu mengalami masalah keluarga kerana kehilangan mata cari .

“Untuk langkah ke hadapan, saya terus minta JPJ dan APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) mengkaji semula tindakan saman terhadap pemandu yang membawa lebih muatan dan bukannya majikan yang dipersalahkan, kata Wee Ka Siong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here