PRU-15 KAUM  INDIA MENARUH HARAPAN TERHADAP PH- PROF P RAMASAMY

PRU yang ke 15 lebih ramai kaum India akan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan, kata Timbalan ketua  Menteri negeri Pulau Pinang, Profesor Ramasamy kepada ‘The Malaysian Insight’ media digital.

“Namun kerajaan PH tumbang dalam masa 22 bulan,  kaum India lebih percaya dengan pemerintahan  kami”, tambah Ramasamy. Hayat PH singkat sehingga kaum India sungguh berang  kerana tidak dapat memenuhi harapan rakyat. Manakala kali ini PH berharap kaum India akan terus memberi peluang kedua . Walhal kajian juga menunjukkan rakyat tetap menaruh harapan kepercayaan kepada kerajaan PH.  

Walaupun Barisan Nasional memerintah selama 60 tahun tetapi masih tidak dapat menyelesaikan pelbagai isu yang telah timbul semasa ke semasa. Maka tidak betul untuk membandingkan kebolehan PH dengan Barisan Nasional.

Pada PRU ke 14, lebih 70-75 % sokongan terhadap PH telah diundi oleh kaum India, dapatan sumber Merdeka Center dalam satu kajian.

Menurut P Ramasamy juga berkata meskipun kaum India merupakan golongan yang minoriti di negara ini, namun kaum India yang menentukan kejayaan dan kegagalan 62 kawasan parlimen. Kawasan –kawasan itu adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.  

Sementara itu Bernama melaporkan PH perlu melipatgandakan usaha untuk mengekalkan kerusi tersebut yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here