JANGAN BERLENGAH UNTUK MENDAFTAR  E-KASIH

Kerajaan menggesa rakyat supaya memohon e-kasih kepada golongan b40 di Negeri Sembilan.  Timbalan Jurucakap Ahli Majlis Perundangan Dato Ravi Munusamy, turut menggesa rakyat untuk mendaftar e-kasih supaya mempermudahkan perolehan bantuan kerajaan yang lain.

Sistem eKasih 2021 ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Beliau yang merangkap ahli Majlis Perundangan di Kawasan Sri Tanjung dan juga mempengerusikan mesyuarat mingguan di Persatuan Hindu menyatakan bahawa bilangan yang mendaftar dalam bantuan e-kasih tidak betapa memuaskan.

Pertubuhan-pertubuhan India harus memberi kesedaran kepada Masyarakat India supaya mereka mengetahui tentang bantuan-bantuan sebegini.

Yayasan Negeri Sembilan yang diuruskan di bawah kerajaan Negeri memberi pelbagai bantuan pendidikan,  kata Ravi yang juga ahli yayasan berkenaan.

Sebelum ini pegawai Bahagian Biro Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan, Aziz Jaafaar berkata yayasan ini hanya memberi bantuan kepada bumiputera sahaja. Ia merupakan suatu pandangan yang tidak sahih. Masyarakat yang menempat di rumah yang using dan di pondok boleh mendaftar untuk bantuan e kasih. Antara syarat ibu bapa pelajar harus bermastatutin di negeri ini lebih 10 tahun .

Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Awam di tahap kesijilan bantuan RM500, bagi tahap diploma RM 750 dan tahap  ijazah muda RM1000. Bantuan sebanyak RM 100 akan disalurkan kepada pelajar-pelajar yang kurang berada. Selain daripada itu, Yayasan Negeri Sembilan juga memberi kelas tuisyen bagi pelajar-pelajar UPSR, PT3,SPM dan STPM .

Ringkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar.  eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima. 

Selain tujuan di atas, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan skim i-Suri KWSP sebanyak RM480 setahun seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

Syarat Kelayakan bagi memohon bantuan eKasih 2021, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here