Petaling Jaya, Apr 21-
Terdapat 343 kluster aktif dengan 67 daripadanya melaporkan pertambahan kes hari ini.
Kementerian Kesihatan mengesan 11 kluster baharu Covid-19, dengan empat daripadanya membabitkan sekolah atau institusi pendidikan.
Tiga lagi kluster berkaitan komuniti, dua membabitkan tempat kerja serta masing-masing satu kluster keagamaan dan pusat tahanan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Sarawak, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Kedah, Selangor dan Putrajaya.