ADAKAH SEKOLAH AKAN DITUTUP SEMULA?

Kementerian Pendidikan diminta menutup semua sekolah- sekolah di seluruh negara buat sementara waktu dan kembali kepada Pengajaran Pembelajaran di rumah (PdPR). Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu bapa dan Guru  Nasional (PIBGN) membuat cadangan itu memandangkan trend kes yang melibatkan kluster sekolah lima hari berturut-turut semakin meningkat.

Presiden PIBGN Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata hamper 20 aduan diterima yang bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Menurut Mohamad Ali Kementerian Pedidikan Malaysia(KPN), Kementerian kesihatan Malaysia(KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) harus segera bertindak supaya mengelak penularan penyakit berjangkit di kalangan warga pendidik dan pelajar sekolah. Dengan menutup sekolah sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih semula.Sementara beliau mencadangkan PdPR , Didik TV melalui Program Pendidikan Intergrasi harus segera dilaksanakan dengan konsep yang lebih menarik.

Semalam sebanyak 19 buah sekolah di Kuala Lumpur telah  diarahkan tutup berikutan dengan kluster Covid -19. Manakala di Kelantan sebanyak 472 buah sekolah  ditutup- MG Flash

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here