PARTI SOSIALIS MALAYSIA TURUN PADANG UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH RUMAH KELUARGA B40

Petaling Jaya, Apr 21-

Kes rumah sebuah keluarga B40 yang dikatakan dilelong bank tanpa sebarang pemberitahuan selesai selepas suatu “penyelesaian yang baik” dicapai antara semua pihak berkaitan, kata Timbalan Pengerusi S. Arutchelvan, Parti Sosialis Malaysia.

PSM yang membawa kes itu ke pengetahuan Bank Negara (BNM), bagaimanapun tidak dapat memaklumkan butiran kandungan penyelesaian itu “atas persetujuan bersama”.

“Ini satu berita yang menggembiraka, isu perumahan mereka dapat diselesaikan,” katanya dalam kenyataan.

Keluarga Moganah Muthaya mengadu pihaknya dapat tahu rumah yang didiami hampir 17 tahun menjadi milik orang lain tahun lalu, selepas terima notis keluar rumah daripada pemilik baharu pada Oktober.

Semasa mengesahkan hal itu dengan bank, Moganah dimaklumkan rumahnya dilelong kerana terdapat tunggakan bayaran balik pinjaman rumah selama tiga bulan – sebanyak RM975 – selepas kadar ansuran dinaikkan daripada RM268 sebulan kepada RM325 sejak Julai 2018.

Itu kali pertama mereka dimaklumkan mengenai kenaikan bayaran tersebut, menurut kenyataan PSM semasa parti itu dan Moganah melaporkan hal ini kepada BNM.

Menurut PSM lagi, pihak bank menjelaskan peminjam tidak dimaklum mengenai kenaikan bayaran itu kerana tidak menerima kemas kini alamat dan nombor telefon peminjam.

Moganah bersama suami yang bekerja di kilang, dua anak mereka, dan ibunya dikatakan kini menumpang di rumah rakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here