BANTUAN KHAS SEMPENA AIDILFITRI -RM500 KEPADA PENJAWAT AWAM DAN RM 250 KEPADA PESARA

PUTRAJAYA, 11 Jan -- Kakitangan Jabatan Perdana Meteri (JPM) mendengar ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perhimpunan Bulanan JPM di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra hari ini. -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA ?

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam dari Gred 56 dan sebanyak RM 250 bagi pesara yang berjumlah hampir 2 juta orang.

Pemberian itu adalah sempena persiapan sambutan Aidilfitri yang akan diraikan bulan depan.

“(Bayaran) termasuk kepada kakitangan Contract Of ServiceContract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan RM250 kepada pesara kerajaan.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei ini,” kata kenyataan itu.

Pejabat Perdana Menteri juga menyebut pengumuman pemberian bantuan khas kewangan pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Aidilfitri.

“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here