PERLUKAH BAZAAR RAMADHAN DALAM KEADAAN TEGANG SEBEGINI?

FOR METRO SOUTH EAST..........STANDING ALONE....pic only A lot of people visiting Bazaar Ramadan to buy foods for breaking fast at Taman Adda Height, Johor Baru. Pic by ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star

Petaling Jaya, Apr 22-

Diikuti dengan kluster yang membabitkan sekolah semakin memuncak dalam laporan harian kes Covid -19 dalam seminggu ini, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan Presiden Persatuan Ibu bapa dan Guru  Nasional (PIBGN) menggesa Kementerian Pendidikan menutup semua sekolah- sekolah di seluruh negara buat sementara waktu dan kembali kepada Pengajaran Pembelajaran di rumah (PdPR).

Lebih ramai ibu bapa bimbang akan pendidikan terjejas dan masa anak-anak bazir sebegitu sahaja. Keadaan itu dikaitkan dengan situasi yang sangat teruk pada tahun lepas dimana ibu bapa menjadi guru di rumah dan membimbing anak-anak. Ibu bapa yang juga memainkan peranan sebagai barisan hadapan bertungkus lumus bekerja untuk memerangi Covid-19. Setelah pulang ke rumah menjaga, membimbing, membantu tugasan sekolah anak-anak menjadi suatu bebanan dan tekanan emosi dan mental bagi para ibu bapa.

Selain daripada itu, ramai ibu bapa membelanjakan wang yang lumayan untuk membelikan gadjet untuk melaksanakan Pdpr di rumah. 

Ramai netizen memuat ciapan dalam media sosial, berkata  sedangkan Bazaar Ramadhan masih beroperasi di banyak kawasan dan lebih ramai pengunjung masih berkumpul beramai-ramai untuk membeli-belah menyumbang kepada peningkatan kes baru-baru ini.

Ketidakpuas hatian rakyat berhubung pengoperasian bazaar Ramadhan jika dibandingkan dengan pengoperasian sekolah cukup mengambarkan yang mana satu harus diberi keutamaan.

Suara rakyat yang dilihat agak kecewa sejak akhir-akhir ini berkemungkinan berkait rapat dengan tekanan yang dialami dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Bekas perdana menteri turut berkata, rakyat mengalami kekecewaan kerana “penderitaan” mereka kerana negara diletakkan bawah perintah darurat atas permintaan kerajaan untuk tujuan politik, bukan bagi memerangi Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here