KEMPEN JOM MEMBACA 10 MINIT BERSAMA MAKKAL OSAI

Tapah, Apr 23-

Kempen Jom Membaca 10 minit bersama surat khabar harian Makkal osai serta Persatuan Penulis Pembaca Bahasa Tamil dan Kebudayaan Tamil Tapah, Perak diadakan di perpustakaan Tapah semalam.  

Dalam kempen ini orang ramai, penulis, pembaca di kawasan Tapah turut mengambil bahagian dalam siaran langsung laman facebook Makkal osai. Orang ramai dari serata Malaysia, guru-guru, murid-murid mengambil bahagian dalam kempen ini.

Masyarakat di Tapah menjayakan program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit yang diadakan secara serentak di seluruh negara, semalam dari pukul 11 pagi hingga 11.10 pagi.

Kempen berkenaan yang memasuki tahun keempat penganjurannya bertujuan menyemai minat dan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, seiring dengan pembangunan fizikal negara.

Menteri besar Perak, Dato Sarani Muhamad, Penasihat Sung Sin Hong bersama isterinya Dr. Ng turut kunjung bagi menjayakan kempen ini.

Menteri besar Perak berkata pembacaan dilihat sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat yang bukan sahaja akan membuahkan imaginasi, kreativiti dan inovasi, malah sesuai dengan peringkat usia bagi menjadi seorang insan berilmu.

 

Yang turut hadir, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Tapah, Ketua Persatuan Masyarakat Hindu  dan Kebudayaan  Mambang Diawan,Thondarmani M. Muniandy serta pertubuhan lain.   Ketua Persatuan Penulis Pembaca Bahasa Tamil dan Kebudayaan Tamil Tapah, yang juga merupakan wartawan Makkal Osai kawasan Tapah Rameswary Raja berjanji akan terus mengadakan aktiviti sebegini supaya dapat menyemai sikap membaca di kalangan masyarakat.

Dengan ini juga menguarkan persatuan ini  berjaya menubuhkan suatu bahagian khas bagi buku-buku bahasa Tamil di perpustakan Tapah. Kalangan pembaca yang kunjung untuk menyokong kempen ini terdiri dari daerah Tapah, Bidor, Sungkai serta Kampar. 

Melalui kempen ini juga Jom Baca Bersama untuk 10 Minit dapat disempurnakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Tapah di sini, semalam.

Kempen ini menjadi peneraju kepada program  ‘Ilanthorum Makkal osai Pallithorum Inbatamil’ yang baru-baru dilancarkan oleh Makkal Osai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here