KERAJAAN MEMBUKA PELUANG KEPADA LIMA SUBSEKTOR.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini bersetuju untuk membuka program rekalibrasi tenaga kerja Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) kepada majikan dalam empat subsektor perkhidmatan.

Dalam kenyataan bersama menteri Hamzah Zainuddin dan M Saravanan menyatakan bahawa ia membabitkan subsektor restoran, subsektor borong dan runcit, subsektor pembersihan dan subsektor pencucian dan subsektor kargo.

“Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, Kali Ke-5, telah dipengerusikan bersama oleh saya, Menteri Dalam Negeri dan M Saravanan, Menteri Sumber Manusia.

Sebelum ini program ini merangkumi 1 juta 40 ribu pekerja asing yang tidak sah telah didaftarkan. Dari dalam angka ini seramai 71 ribu 510 orang telah mendaftar diri dengan niat bekerja di Malaysia, kata M Saravanan

Program itu adalah bagi meregularisasikan pendatang tanpa izin di negara ini sebagai pekerja asing sah tertakluk kepada syarat ketat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here