KEKECEWAAN PELADANG KIRBY, LOBAK

Seremban, Apr 2-

Penduduk Ladang Kirby, Lobak kurang berpuas hati dengan pemberian notis oleh Kerajaan Negeri berpindah ke pangsapuri Lobak buat sementara.  

Penduduk Ladang Kirby memulakan tunjuk perasaan atas pemberian notis yang diberikan oleh kerajaan Negeri.

Pertubuhan Sosialis Malaysia memulakan mogokan di hadapan Pejabat Menteri Besar Wisma negeri, di sini semalam.

Walhal rakyat merangsang sentimen hartanah sejak tiga generasi berturut-turut mendiami Ladang Kirby lalu pencerobohan perumahan yang dibuat pada Mei 1 serta pembinaan rekonstruksi perumahan baharu menyebabkan penduduk amat kecewa. Maka peladang itu diarahkan untuk keluar pada 25 April seperti dinyatakan dalam notis yang bertarikh 9 April, kata salah seorang peladang yang bernama Shanmugam Ponnaiya (67).

Daripada 42 isi rumah, 20 isi rumah tidak menerima sebarang perumahan sementara. Kerajaan Negeri memberi pangsapuri Lobak buat sementara sebagai penyelesaian.

Malah peladang menunjuk perasaan kurang puas hati untuk berpindah ke pangsapuri Lobak menyatakan bahawa  ia 12 kilometer jauh dari ladang berkenaan.

Lebih-lebih lagi 90 % daripada peladang merupakan warga emas dan tidak mampu untuk berulang alik turun naik dalam rumah bertingkat.

Ramai peladang turut mengutarakan masalah penukaran sekolah dan ulang alik ke sekolah menjadi masalah bagi  anak-anak dan cucu-cucu. Sementara itu, latarbelakang  berpendapatan rendah tidak menjanjikan kemudahan untuk pergi balik dari ladang dan ternyata kecewa terhadap perumahan baharu yang diberikan oleh kerajaan.

Pada asalnya, wakil-wakil kerajaan Negeri, Ahli Majlis Arulkumar serta Ismail menjanjikan perumahan yang berhampiran dengan Ladang Kirby.

Sebelum ini, selempar memorandum pernah dibawa ke perhatian  Menteri Besar Negeri Sembilan,  Dato Sri Aminuddin menyatakan peladang Kirby tidak bersetuju untuk pindah ke perumahan Pangsapuri lobak, kata peladang Ghandi dan Shanmugam.

Kini peladang ladang Kirby meminta kerajaan Negeri untuk mengaturkan rumah sewa atau rumah yang tidak dihuni orang di kawasan Ladang Labu yang berhampiran dengan ladang berkenaan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here