79 SEKOLAH DI SELANGOR DIARAH TUTUP SEMENTARA

Petaling Jaya, Apr 26-

Sebanyak 79 buah sekolah di Selangor diarahkan tutup sementara bermula hari ini hingga esok susulan penularan jangkitan Covid-19.

Menurut senarai yang diedarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, ia membabitkan 19 sekolah di daerah Hulu Langat, 18 di Petaling Perdana dan 15 di Klang.

Baki 27 sekolah lagi daripada daerah Petaling Utama, Sepang, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Menurut JPN Selangor, sekolah berkenaan ditutup selepas pengesanan jangkitan Covid-19 di sekolah terbabit pada 25 Apr.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here