SYARIKAT MALIK STREAM MENGHULURKAN 5000 HADIAH HARI RAYA

Syarikat Malik Stream mengaturkan Majlis pemberian hadiah istimewa sempena bulan Ramadhan bagi 5000 orang.

Hadiah istimewa bersempena bulan Ramadhan lebih daripada apa yang diimpikan oleh orang yang kurang bernasib baik.  Syarikat berkenaan melibatkan dalam kebajikan bukan ramai ketahui seperti membiayai lawatan umrah bagi umat Islam yang kurang berkemampuan selama 15 tahun, menghulurkan bantuan sukarela bagi barisan hadapan di negara kita.

Dalam konteks itu, tahun ini pada musim bulan Ramadhan menghulurkan bantuan bagi seramai 5000 orang di surau, masjid, rumah orang tua, orang kurang upaya, ibu-ibu tunggal dan orang kurang mampu dengan memberi hadiah Hari Raya sebagai sumbangan pakej makanan serta barang keperluan dan wang tunai sebanyak RM 150.

Bagi langkah pertama di negeri Institusi Hidayatul Islam Pulau Pinang bersama Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma), Syarikat Malik Stream memberi wang tunai bagi 150 orang bungkusan hadiah dan wang tunai. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi KIMMA Dato Seri Haji Syed Ibrahim Kader .

Dato Abdul Malik turut menghulurkan bantuan khas Ramadhan ini bagi membolehkan orang ramai bermanfaat dengan sumbangan pada bulan yang mulia ini.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here