UPSR DIMANSUHKAN SEPENUHNYA & PT3 DIBATALKAN BAGI TAHUN 2021 PDPR SELEPAS CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Sesi pembelajaran selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu sahaja bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah. Dengan konteks bagi mengurangkan kes Covid-19 yang sedang meningkat secara mendadak baru-baru ini langkah ini telah diumumkan oleh YB Dato Seri Dr. Radzi Jidin.  

Keputusan itu dibuat bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19 di sekolah memandangkan jumlah kes yang semakin meningkat dan kluster pendidikan yang bertambah.

Dalam sidang media petang tadi Dr. Radzi, juga mengumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021 dan membatalkan PT3  bagi tahun 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata tiada peperiksaan ganti bagi ujian Murid Tahun 6 itu.

Sebaliknya jelas Radzi, fokus utama kementerian ketika ini adalah untuk memperkasakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here