KRISIS AIR DI MENTAKAB SELAMA SEMINGGU

Mentakab, Apr 29 –

Kawasan Mentakab dan Lancang mengalami krisis air berikutan dengan pepecahan saluran paip utama di kawasan perumahan Jalan Pekeliling mulai 21 April ini.

Krisis air ini mengakibatkan Taman KSM, Taman Damai Taha, Bukit Bendera, Pekan Mentakab, Taman Saga, Batu Kapur, Taman Sri Layang, Taman Rimba, Rumah Pangsa Jalan Karak, Taman Tualang, Taman Mentakab Indah Batu 5, Taman Setia, Taman Sempalit dan beberapa Taman di Lancang turut menghadapi masalah bekalan air.

Dengan ini sejumlah 8500 isi rumah mengalami krisis air selama seminggu. Orang ramai mengadu berkenaan krisis ini kepada Bekalan Air Temerloh. Bekalan Air Temerloh telah mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah bekalan air yang didakwa di beberapa kawasan negeri ini dengan kadar segera.

Namun beberapa hari yang lalu  pukul 9 pagi paip utama tersebut pecah lagi bagi kali ketiga dan air berlimpah dan bertakung di jalan raya. Penduduk mendesak pihak bertanggungjawab supaya segera membaikinya kerana ia amat menjejaskan pengurusan domestik.

Lembaga Daerah Temerloh berserta dengan Ketua Pertubuhanan Transformasi Malaysia R. Ravichandran, Persatuan India Bersatu Pahang, M Tharmalingam, ketua MIC Kawasan Appu Suparayan , Ketua Persatuan Kebajikan MGR L. Ramasamy, pemandu teksi dan pembaca akhbar Makkal osai K. Gunasegaran, Pannirselvam, Ketua Pemuda MIC kawasan S. Suresh, Zainal, Nallayan memaklumkan kepada media Makkal osai bahawa menyuarakan jaminan krisis air di Mentakab tidak lagi berulang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here