PELAJAR IPT DIBENARKAN PULANG KE KAMPUNG MULAI 7 MEI SEMPENA  AIDILFITRI, KECUALI SARAWAK  

Putrajaya, Apr 29-

Pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) yang sebelum ini dibenarkan ke kampus secara fizikal, dibenar pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri, kecuali mereka dari Sarawak.

 “Pelajar IPT juga diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut.

Katanya, tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah masing-masing ialah pada 7 hingga 12 Mei 2021, manakala pergerakan pelajar kembali semula ke kampus pada 15 hingga 20 Mei 2021.

Selain itu, pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri atau daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar.

“Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput ibu bapa atau penjaga atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT, manakala pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.

Sehubungan itu, pelajar dan ibu bapa boleh merujuk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) pergerakan pelajar IPT pulang sempena cuti perayaan Aidilfitri dan dokumen soalan lazim yang disediakan melalui portal rasmi KPT.

Pelajar yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh terus menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here