PETUGAS MEDIA TERIMA VAKSIN MULAI SABTU INI.

Menteri Sains dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengumumkan pemberian vaksin kepada 1500 orang pengamal media yang bernaung di bawah Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) serta Persatuan Wartawan Sarawak dan Sabah akan mula menerima vaksin Covid-19, bermula bulan depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin juga berkata, kerajaan bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin Covid-19 namun, ia tertakluk kepada bekalan vaksin.

Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sudah menerima senarai nama pengamal media berkenaan bagi agihan vaksin itu.

“Sukacita saya dan Adham mengumumkan bahawa kita akan mula vaksinasi kepada petugas media pada bulan Mei,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here