VARIAN B1617 MENUNJUKAN  POTENSI PENINGKATAN KES DI INDIA

New Delhi, Apr 29-

Varian B1617 Covid-19 yang pertama kali ditemui di India,WHO menyenaraikan sebagai lebih berbahaya berbanding versi asal virus berkenaan yang lebih mudah menular, membawa maut dan mampu menembusi kekebalan perlindungan vaksin.     

India ketika ini berdepan dengan lonjakan kes jangkitan baharu di mana ribuan pesakit berada di ambang maut di seluruh negara itu.

Terdapat juga kebimbangan bahawa varian baharu Covid-19 boleh memburukkan lagi situasi semasa di negara itu. 

Krisis Covid-19 di India semakin buruk sehingga pusat pembakaran mayat sementara ditubuhkan di negara republik itu bagi menampung mayat pandemik yang semakin bertambah.

Pihak tugasan menguruskan upacara pembakaran kira-kira 100 mayat sehari di sebuah lokasi di timur bandar New Delhi.

Krisis kesihatan disebabkan COVID-19 yang meruncing dapat dilihat di New Delhi, dengan hospital menjadi sesak malah ada pesakit meninggal dunia di luar bangunan hospital.

Kementerian Kesihatan India melaporkan jumlah kematian akibat Covid-19 di negara itu kini melepasi 200,000 kes dengan lebih 3,000 orang maut dalam tempoh 24 jam buat pertama kali. 

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan, sebanyak 201,187 orang meninggal dunia dan 3,293 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 204,832, walaupun kebanyakan pakar mengesyaki jumlah sebenar adalah lebih tinggi.

Gelombang jangkitan terkini, didakwa berpunca daripada varian baharu selain pilihan raya umum baru-baru ini, acara keagamaan dihadiri oleh jutaan orang, menyebabkan hospital dipenuhi pesakit, kekurangan katil, ubat dan oksigen.

Sementara itu, Ketua Penasihat Saintifik kerajaan, K Vijay Raghavan dalam temubual bersama media tempatan mengakui kerajaan seharusnya lebih bersedia berdepan gelombang kedua.

Di negara dengan 1.3 bilion penduduk itu, badan sukarelawan terpaksa membuka pusat pembakaran mayat sementara berikutan mayat mangsa pandemik semakin bertambah.

Media sosial India pula dipenuhi permintaan bagi katil kosong di unit rawatan rapi (ICU), bekalan oksigen dan ventilator.

Kekurangan serius bekalan oksigen dan ruang rawatan di hospital menyaksikan ribuan kadar kematian dan direkodkan mana-mana negara di dunia dalam tempoh 24 jam sejak wabak itu bermula pada akhir 2019.

Sebuah ‘ekspres oksigen’ yang membawa 30,000 liter bekalan ke hospital tiba di Lucknow, negeri Uttar Pradesh pada subuh hari ini, di mana pengawal bersenjata menunggu untuk mengiringi trak ke hospital.

Lucknow adalah antara bandar paling teruk dilanda wabak, dengan hospital dan pusat pembakaran mayat dibanjiri pesakit serta mayat manakala pegawai berkata bekalan oksigen hanya mencukupi untuk keperluan setengah hari.

Tentera Udara India juga dikerah untuk mengangkut tangki oksigen dan bekalan lain ke seluruh negara sementara di New Delhi, kerajaan mulai menyiapkan stok oksigen untuk mempercepat bekalan ke hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here