KES KEMATIAN A GHANAPATHY SEMAKIN KUKUH.  

Hasil laporan bedah siasat A Ganapathy  yang meninggal dunia di hospital setelah ditahan polis  didapati  mati akibat kecederaan teruk di kaki dan bahu, menurut peguam keluarganya K Ganesh. Kes kematian a Ghanapathy yang semakin hari diperkukuhakan oleh ahli keluarga, ahli politik Naib Presiden C Sivaraajh,  media sosial dan petugas media.

Semalam seorang doktor daripada Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur memberitahu keluarganya mengenai hasil bedah siasat.Keluarganya diberitahu Ghanapathy mati akibat kecederaan teruk di bahagian kaki dan bahu.

“Sekarang, polis perlu kotakan janji bahawa akan siasat menyeluruh kes ini,” katanya, merujuk kenyataan Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe bahawa pihaknya sedang menunggu laporan bedah siasat.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, berkata dia akan menghubungi Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berhubung kes berkenaan.

Saya akan menghubungi Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri bagi mendapatkan pencerahan serta perkembangan kes ini.

Perkara ini juga akan dibangkitkan di dalam mesyuarat kabinet memandangkan keseriusan kes yang berpotensi mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap integriti PDRM.

“Pihak polis mempunyai tanggungjawab bagi memastikan siasatan kes ini telus, dan ia harus dijalankan segera bagi mengelakkan sebarang ketidakpercayaan orang ramai,” katanya yang juga timbalan presiden MIC dalam kenyataan.

Pada 11 Mac lalu, ibu mendiang, S Thanaletchumy membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak, mendakwa anaknya dipukul ketika dalam tahanan sehingga menyebabkan kakinya perlu dipotong.

Dalam laporan itu, Thanaletchumy, 60, berkata anaknya ditahan pada 24 Februari bagi membantu siasatan terhadap seorang lagi anaknya yang dikehendaki polis.

Anaknya dalam keadaan sihat ketika ditahan walaupun mempunyai sejarah penyakit diabetes dan masalah jantung, menurut laporan itu lagi.

Pada 8 Mac lalu, ahli keluarga mendiang menerima panggilan daripada seorang sarjan yang memaklumkan bahawa Ganapathy telah dibebaskan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

Thanaletchumy mendakwa anaknya memberitahunya bahawa ketika dalam tahanan dia dipukul oleh polis dengan paip getah.

Di hospital, Ganapathy disahkan mempunyai masalah buah pinggang dan kakinya terpaksa dipotong.

Ganapathy yang merupakan seorang peniaga susu lembu dan mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun, meninggal dunia pada 18 April di hospital tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here