MENTERI DALAM NEGERI MENGUMUMKAN KETUA POLIS NEGARA BAHARU.

Putrajaya, Apr 30-

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, 60, dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu berkuat kuasa 4 Mei ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada majlis penyerahan surat pelantikan KPN di kementeriannya di sini sebentar tadi.

Acryl Sani, 60, yang kini berada kedudukan nombor dua pasukan Sang Saka Biru berpengalaman luas dalam tugas kepolisan.

Antaranya beliau pernah menjadi pengarah di beberapa jabatan di Bukit Aman antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Sumber Strategik dan Pengarah Teknologi (StaRT) serta Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) selain menjadi pegawai penyiasat, Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Negeri.

Acryl Sani dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak perkhidmatan 3 Mei ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here