ENAM DAERAH DI SELANGOR DIUMUMKAN PKP

PUTRAJAYA, 26 Mac -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kuala Lumpur, Mei 4-

Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa Khamis ini 6 Mei hingga 17 Mei berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.

Katanya, tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Keputusan ini diambil untuk memutuskan rantaian Covid-19 dan kes yang semakin meningkat di negeri Selangor. Amalan Ziarah -menyiarah pada musim perayaan Hari Raya dibenarkan di kawasan PKP satu syawal sahaja dengan 15 orang. Manakala rumah terbuka Hari Raya tidak dibenarkan dimana-mana kawasan sungguhpun zon Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

“Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here