BILL GATES BERCERAI DENGAN ISTERI YANG BERUMAH TANGGA SELAM A27 TAHUN

Washington, May 4

Pengasas Microsoft, Bill Gates(65) dan isterinya Melinda Gates (56) bercerai selepas 27 tahun. Mereka yang juga merupakan antara pasangan yang terkaya dunia dengan nilai kekayaan AS $ 130 bilion(RM 533.54 bilion).

Pasangan ini berkahwin pada tahun 1994 dan hasil perkahwinan mempunyai tiga orang anak.  

Penceraian diumumkan dalam satu kenyataan bersama yang dimuat naik di akaun twitter Bill Gates.

“Setelah banyak usaha dan perkara yang dilakukan bersama, kami membuat keputusan untuk memutuskan rumah tangga kami” ciapan di twitter.

“Kami membesarkan tiga orang anak yang cekap”

Menurut kenyataan itu, mereka akan terus bekerjasama menerusi Yayasan Bill & Melinda Gates, program kebajikan yang menyalurkan dana kepada kesihatan global, kesaksamaan jantina dan pendidikan serta lain-lain lagi.

“Kami akan terus berkongsi misi dan akan terus bekerja bersama-sama di yayasan, tetapi tidak percaya dapat bersama-sama sebagai pasangan untuk fasa berikutnya dalam hidup kami.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here