PENGUSAHA BAS BERGULUNG TIKAR JIKA SEKOLAH TUTUP SEMULA.

Thiagarajan selaku  Pengerusi  Pertubuhan Muafakatan Pengusaha dan Pemandu Bas Negeri Johor berkata mengalami kerugian yang besar jika sekolah ditutup semula kerana tidak dapat beropersi.

Selain perbelanjaan harian seperti yang lain pengusaha bas memiliki tanggungjawab dan perbelanjaan bulanan yang harus ditanggung. Manakala peningkatan kes harian yang melibatkan kluster sekolah menyebabkan besar kemungkinan pengusaha bas sekolah harus gulung tikar kerana tidak dapat beroperasi.

R Thiagarajan berkata “kami mahu beropersai seperti biasa, pelaksanaan Perintah kawalan menyekat kelancaran operasi bas sekolah, tambahnya punca pendapatan terancam jika keadaan ini berterusan bagi beberapa bulan”

Beliau juga berkata pengusaha bas pernah berbelanja beribu-ribu ringgit untuk memperbaiki bas supaya lebih selamat  untuk menaikkan murid-murid, Puspakom, Cukai jalan raya,  Insurans dan sebagainya.

Terlebih dahulu Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pembukaan sekolah semula memberi kelegaan kepada pengusaha bas menghempus nafas . Tetapi pelaksanaan PdPR di rumah selepas cuti Hari Raya Aidilfitri melenyapkan pendapatan bulanan dan  satu tamparan hebat buat pengusaha bas sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here