KURSUS PRA-PERKAHWINAN WAJIB BAGI BUKAN ISLAM – KETUA WANITA  MIC

Bekas ketua Wanita MIC kebangsaan, Mohana Muniandy Raman, menyeru agar kerajaan mewajibkan kursus pra-perkahwinan dan ujian HIV bagi pasangan bukan Islam.

Sudah tiba masanya bagi kerajaan mengambil langkah proaktif untuk menangani isu peningkatan mendadak kes perceraian, kata bekas ketua Wanita MIC kebangsaan, Mohana Muniandy Raman.

Mohana berkata, kursus tersebut akan memberi pengetahuan kepada pasangan bukan Islam yang bakal berkahwin mengenai persediaan melangkah ke alam rumah tangga.

“Apabila pasangan pengantin diajar mengenai cabaran dan dugaan yang menanti kehidupan mereka kelak, sekurang kurangnya mereka juga akan bersiap sedia bersedia untuk berdepan dengannya nanti,” kata beliau menerusi sebuah petisyen.

Ketika dihubungi, Mohana mendakwa terdapat beberapa pasangan bukan Islam yang menjalani kursus perkahwinan, walaupun ia tidak diwajibkan.

Tahun lalu, Jabatan Statistik mendedahkan bahawa kadar perceraian meningkat 12% kepada 56,975 pada 2019 daripada 50,862 pada tahun sebelumnya.

Perceraian pasangan bukan Islam meningkat 8.3% kepada 11,473 pada 2019 daripada 10,593 yang dicatatkan pada 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here