PEMANSUHAN UPSR KELEBIHAN ATAU KEBURUKAN?

Kuala Lumpur, Mei 5-

(National Educational Blueprint) tahun 2013-2025 berteraskan pada Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi(KBAT) memansuhkan peperiksaan tradisional yang dilaksanakan sebelum ini.

Pelan ini mencetuskan minda ibu bapa, murid-murid dan para guru supaya mengajar berteraskan pemikiran kreatif dan berfikiran  analitik.

Tetapi hal ini menyebabkan landasan pendidikan semakin hari semakin menghadapi kemerosotan. Sebagai permulaan kepada  pemansuhan peperiksaan tradisional blueprint pada tahun 2013  telah diperkenalkan.

Berdasarkan kepada daya pengingatan, kognitif, inovasi, sikap kepimpinan, kedisiplinan dalam salasiah diri merupakan antara teras yang diterapkan dalam sistem pendidikan baharu ini. Bagi menjamin masa depan murid-murid peperikasaan awam tidak begitu membantu untuk menjadikan seseorang murid memiliki ciri-ciri kriteria di atas. Ini kerana peperiksaan awam cuma menyediakan  seseorang murid menjadi cerdik dan cemerlang dari segi bakat.

Tahun lalu, UPSR telah diumumkan supaya tangguh kerana  Covid -19. Sementara itu, Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada pertengahan tahun adalah sesuatu yang janggal dan menimbulkan kegelisahan kepada ramai ibu bapa, kata Profesor Kumaran Veloo Ramasamy, Penganalisis Pendidikan.

Menganggap keputusan itu sebagai terburu-buru dan reaktif, dan langkah itu dilakukan ketika ibu-bapa dan pengurusan sekolah sudah membuat segala persiapan yang sewajarnya untuk murid-murid menghadapi peperiksaan itu.

Beliau menasihati ibu bapa perlu bersedia untuk jangka masa yang panjang tidak kira anak belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Menengah, Institut Pendidikan Swasta dan Awam. Semua pihak harus berganding bahu untuk menghadapi kekangan yang bakal dihadapi oleh anak –anak kita kerana pemansuhan peperikasaan ini akan memberi impak yang lebih besar bagi jangka masa panjang.

“Saya pasti, ada sebahagian guru, ibu bapa dan murid yang amat gembira dan teruja dengan pemansuhan UPSR ini.

“Cuma dalam kegembiraan kita, suka untuk saya ingatkan agar setiap keputusan yang diambil mestilah disandarkan kepada perancangan yang rapi, menyeluruh dan terperinci,” kata Kumaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here