PEMINDAHAN RANCANGAN VASANTHAM KE SALURAN OKEY, TAK OKEY

Kuala Lumpur,  5 Mei –

Rancangan Vasantham merupakan Program Wawancara dalam Bahasa Tamil yang disiarkan setiap hari Ahad dari jam 1.00 hingga 2.00 petang di TV2.

Berdekad-dekad Radio Televisyen Malaysia 1 (RTM 1) dan  Radio  Televisyen Malaysia  2 (RTM 2) menghiburkan masyarakat India dengan pelbagai program yang gemar ditonton oleh kaum India. TV2 sebagai usaha untuk meningkatkan lagi sistem pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan , memindahkan program Vasantham ke saluran OKEY dimana para penonton perlu menggunakan dekoder yang berasingan untuk menyaksikan rancangan berkenaan.

Rancangan Vasantham yang disiarkan pada jam pukul 1 petang dan dihebah oleh Pandithurai tentang isu-isu semasa masyarakat India yang melibatkan isu politik, sosial, ekonomi,  cabaran kaum India dalam bidang pendidikan,  kesenian, kesusateraan, bantuan  dan peluang di kerajaan telah dibentangkan dalam program berkenaan menjadi relevan dengan kehidupan masyarakat India di Malaysia.

RTM telah melenyapkan pelbagai program yang disiarkan khas untuk kaum India. Sedihnya,  lama kelamaan waktu penyiaran program Tamil ditukar kepada waktu kerja dan waktu yang tidak betapa sesuai untuk ditonton  maka jumlah penonton juga turut menyusut.

Oleh yang demikian program Vasantham yang disiarkan pada hujung minggu masih gemar ditonton oleh sejumlah penonton India .

Secara tiba-tiba program itu disalurkan kepada Okey TV merupakan suatu lonjakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, bagai menentang  hak asasi kaum India. Sebagai suatu kaum yang turut menyumbang untuk pembangunan Tanah Melayu rakyat India harus memastikan berkepentingan dan dilayan dengan baik  di Malaysia. Lebih-lebih lagi Radio Televisyen Malaysia beroperasi dengan hasil cukai pendapatan rakyat . Maka apakah masalah untuk menyiarkan rancangan secara serata bagi semua kaum? kenapa pengamalan  double standart ini?

Tambahan pula, ramai penonton tidak mengetahui cara memuatnaik saluran berkenaan dan sebab perlu mengganti dekoder yang baharu untuk menontonnya.    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here