PELAKON KOMEDI PAANDU MENINGGAL DUNIA

Paandu Rangan, pelakon dari Kumarapalayam, dilahirkan pada 19-02-1947, pelakon kollywood meratapi kehilangan beliau awal pagi tadi dalam jangkitan Corona.

“Saya melorek lambang daun berganda. MGR memperkenalkan saya pada perhimpunan kemenangan yang diadakan setelah ADMK mengambil alih dan memberi saya rantai emas 5 paun dan hadiah wang tunai Rs 10,000”, kata pelakon Pandu dalam suatu wawancara media.

Paandu, bukan sahaja seorang pelakon komedi yang handal tetapi juga seorang pelukis yang hebat.

Dia membuat debut di kollywood pada tahun 1970 dengan filem ‘Manavan’ dan sejak itu berlakon dalam watak komedi lebih dari 100 filem dengan banyak pelakon terkenal termasuk Shivaji, Kamal Haasan, Rajinikanth, Prabhu, Karthik, Ajith, Vijay.

Filem-filem seperti ‘En Uyir Kannamma’, ‘Panakkaran’, ‘Nadikan’, ‘Chinnathambi’ dan ‘Kadhal Kottai’ memberi nama yang baik untuk penampilan wataknya. Dialognya ‘a..aaah’ masih sangat popular hingga kini. Dialog inilah menjadi identiti bagi cara meluahkan dialog dengan ekspresi wajahnya.

Kematian Paandu, yang menjadi mangsa Corona pada usia 74 tahun, telah menyedihkan industri filem Tamil. Lebih tragis adalah bahawa isterinya, yang juga merupakan mangsa Corona dan berada di bawah jagaan doktor di unit rawatan rapi.

Dalam beberapa minggu ini, pengarah filem Tamil SB Jananathan, pelakon Vivek, pengarah Tamira, pengarah KV Anand, pelakon veteran Sellathurai dan pelakon DKS Nadarajan telah kehilangan nyawa berturut-turut akibat Corona memang mengerikan seluruh India.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here