PKP: PRESMA RAYU BENARKAN MAKAN DI RESTORAN

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) merayu agar restoran dan kedai makan dibenarkan menerima pelanggan di premis dengan had dua orang setiap meja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur dan beberapa daerah lagi di negara ini.

 “Sebaik dibenarkan beroperasi dengan jumlah yang dihadkan, pengusaha restoran dapat menarik nafas lega kerana dapat menjalankan perniagaan seperti biasa biar pun pendapatan merosot.

Sehubungan dengan itu, restoran dan kedai makanan di negeri-negeri yang diumumkan PKP dibenarkan buka pada paukul 6 pagi sehingga 12 malam tetapi tidak dibenarkan duduk dan makan.

 Menurut Presidennya Dato Jawahar Ali rayuan itu dibuat berikutan banyak restoran yang amat terkesan apabila kerajaan tidak membenarkan ‘dine-in’ sewaktu PKP tahun lalu. Sementara itu, pengusaha restoran turut mengalami kekurangan sumber pekerja di kedai menjadi kekangan untuk pengusaha beroperasi premis dalam kerugian. Beliau juga mengaku ada pengusaha sanggup meminjam untuk mengoperasikan restoran mereka. 

 “Dengan cara itu, peniaga yang terjejas dapat menjana pendapatan melalui operasi perniagaan berbanding secara pandu lalu” katanya Jawahar Ali dalam satu kenyataan hari ini.

PKP berkuat kuasa di enam daerah di Selangor bermula hari ini sehingga 17 Mei 2021, manakala seluruh Kuala Lumpur dan beberapa daerah serta mukim di Johor, Perak dan Terengganu pula akan bermula pada 7 Mei sehingga 20 Mei 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here