COVID-19: 4,498 KES HARI INI, 22 KEMATIAN

Putrajaya, Mei 7-

Kes Covid-19  mencapai 4,498 kes positif baharu direkodkan setakat tengah hari tadi, peningkatan hampir 1,000 kes berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang memuat naik statistik harian di laman sosialnya, berkata setakat ini sebanyak 432,425 kes COVID-19 dicatatkan di negara ini.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu sebanyak 1,424 kes hari ini, disusuli Sarawak dengan sebanyak 750 kes baharu dan Kuala Lumpur dengan sebanyak 463 kes.

KKM turut memaklumkan terdapat 22 lagi kematian hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here