DBP HARUS MENTAFSIR ISTILAH Tuhan VS tuhan

Pertubuhan Transformasi Kemajuan Kaum India Malaysia dan Persatuan Perpaduan Komuniti India Pahang serta kumpulan  badan NGO menyerahkan memorandum kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menarik perhatian pihak Datuk merujuk penggunaan Istilah Tuhan yang membezakan status agama masyarakat majmuk dalam semua buku ilmiah hasil terbitan (DBP).

Pihak DBP hendaklah secara telus dan ihklas memikul tanggungjawab sebagai sebuah Institusi Bahasa Malaysia Kebangsaan perlu meneliti dan mengkaji semula isu penggunaan istilah Tuhan dengan tuhan dengan bersyarat dalam hasil karya

Sekiranya kita melakukan semakan dalam  Kamus Pelajar (1988) hanya ada entri Tuhan. Manakala dalam Kamus Dewan (2005) dan Kamus Dewan Perdana (2020) diberi takrif berbeza bagi Tuhan dan tuhan. Tuhan dikatakan merujuk secara ekslusif kepada Allah, manakala tuhan merujuk kepada sesuatu yang dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan yang Esa”.

Pertubuhan Transformasi Kemajuan Kaum India Malaysia dan Persatuan Perpaduan Komuniti India Pahang serta kumpulan badan ngo meluahkan ketidakpuasan bahawa adakah Rukun Negara yang diperkenalkan pada tahun 1970 dengan tujuan utama membentuk perpaduan yang kukuh dan menjadi kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum hanya merujuk kepada Allah dengan penggunaan istilah Tuhan .

Sehubungan dengan hal ini sekiranya masyarakat bukan Islam berdiam diri pada setiap kali melihat buku-buku fiksyen dan  non fiksyen menggunakan Tuhan bagi Islam dan tuhan bagi bukan Islam, nescaya generasi sekarang dan akan datang bakal merasakan diri mereka nenek moyang begitu hina dan jahil kerana menyembah tuhan dan bukannya Tuhan (Allah)

Mereka turut menegaskan bahawa ideologi ini seolah-olah memberi gambaran pandang rendah (menghina) terhadap agama lain.  

Pertubuhan ini berharap pihak DBP  segera meneliti isu ini dengan adil tanpa dipengaruhi sebarang emosi Islamik. Memorandun ini membantah usaha pihak Datuk DBP yang secara senyap dan terancang untuk melunturkan keyakinan dan jati diri orang bukan Islam terhadap amalan dan hak beragama yang sebenarnya dijamin dan dilindungi  dalam perlembagaan persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here