PERPADUAN KAUM BERMULA DARI SEKOLAH

Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sendayan, Puan Shanthi menggalakan murid-murid supaya fasih dalam bahasa Malaysia. Membaca, Menulis, bertutur dalam Bahasa Malaysia menjadi asas dalam pembelajaran supaya murid-murid tidak terkandas dalam pendidikan.

Pada hari Isnin yang lalu SJK(T) Sendayan melancarkan suatu program yang bertema ‘Kamusku Kawanku’ yang dianjurkan oleh  panitia bahasa Malaysia  dalam  minggu bahasa.

Oleh itu, kempen ini murid-murid hanya membenarkan murid-murid berbual dalam bahasa Malaysia, memakai pakaian tradisional Melayu, berpidato, menyampaikan sajak dan drama bahasa Melayu, kata Penolong Guru Besar Puan Jega.

Guru-guru panitia bahasa memupuk murid-murid sekolah ini tidak hanya cemerlang dalam pengamalan budaya dan kesenian India sahaja tetapi harus mengenali segala bidang kesenian, adat resam  di Malaysia.

Sekolah merupakan antara institusi penting yang berupaya membantu pembentukan perpaduan kaum.

Sementara itu, guru merupakan agen yang lebih berautoriti, sekali gus dapat memberi impak yang lebih positif ke arah pembentukan perpaduan kaum di sekolah. Para guru terutamanya di peringkat sekolah rendah merupakan agen sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum, seterusnya membentuk kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here