RAMPASAN MERCUN DI DANG WANGI

Kuala Lumpur 8 Mei-

Pasukan polis dari balai polis Tun H. S. Lee ketika menjalankan tugas  pematuhan SOP covid-19 telah berjaya merampas sebanyak 99 kotak mercun dalam sebuah kenderaan jenis proton Exora di tepi Jalan Kenanga, Kuala Lumpur pada jam 11malam semalam.

Kenderaan tersebut telah memiliki pelbagai jenis mercun lain  dengan anggaran nilai rampasan RM 10,000.00.

Seorang lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 50  ditahan di lokap IPD Dang Wangi dan permohonan reman akan dikemukakan pada 8Mei.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 8 akta bahanletupan 1957. Hasil siasatan awal mendapati mercun tersebut dipercayai untuk dijual kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, kata Ketua Polis Derah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Bin Haji Abdullah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here