SEGALA PENITISAN KAMI AKAN DIJAWAB OLEH MAHKAMAH- PELADANG JURU.

Ladang Juru atau lebih dikenali Juru estate memiliki latarbelakang yang terbesar bagi kaum India di Pulau Pinang sebanyak 55 isi rumah dihuni di situ. Pemaju perumahan Swasta membuat persiapan untuk menjual tanah berkenaan tanpa memberi notis atau makluman. 

Tindakan undang-undang telah diambil oleh pekerja ladang Juru, Pulau Pinang serta menunggu keputusan yang akan diambil oleh Mahkamah bagi penitisan mereka.

 “Kami menitis peluh untuk mengusahakan tanah ini, menabung duit sedikit demi sedikit untuk memiliki tanah sehingga tidak pernah sesiapa berkait dalam hal ini” kata peladang Juru.

Persatuan Peladang Juru mengatakan bahawa mahkamah akan mencari jalan keluar yang tepat untuk tindakan pemerasan Pemaju Perumahan swasta.

Menjual tanah kepada Syarikat Pemaju swasta tanpa memberitahu peladang sama sekali menentang anak-anak bekas Pemegang amanah untuk diselesaikan perbicaraan di Mahkamah Tinggi melalui Persatuan Penduduk Pekerja bersama Persatuan Penduduk Perladangan Juru .

Penduduk ladang Juru meminta bantuan firma guaman Pulau Pinang untuk menuntut kembali tanah. Tambahan pula, wakil kesatuan mengadakan pertemuan dengan firma perundangan

Timbalan Ketua Menteri Negeri Prof P. Ramasamy telah membantu mendengar masalah kami dan memastikan menuntut hak peladang Juru.

Kerajaan negeri Pulau Pinang melarang penjualan tanah ladang Juru. Sementara itu tanah  korporat itu tidak dapat jualbeli ke syarikat swasta dengan harga 22 juta.

Setakat ini isu ini telahpun  dilaporkan ke balai polis. Tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak polis agak menyusahkan peladang, kata Ketua Persatuan Penduduk Juru V. Chandrasekhar.  Bagai dikatakan ‘kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya’ peladang Juru tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha. 

Pemilikan harta turun temurun diperas ugut oleh segelintir   merupakan kerja yang mengutukan, kata Chandrasekhar. 42 pemilik lot juga menyokong pembukaan kes di Mahkamah Tinggi untuk menuntut semula tanah tersebut. Di tanah seluas 3.5 ekar mempunyai 42 lot dan sebuah sekolah Tamil. Lebih 100 orang murid-murid akan menghadapi kesukaran pembelajaran berkesinambungan dengan kehilangan harta kata Penasihat Persatuan Penduduk Juru Raja Gopal.  

Masalah tanah penduduk ladang Juru tidak dapat diselesaikan oleh ketua MCA, Parti Gerakan dan mana-mana pertubuhan. Mereka hanya memberi janji kosong sebelum ini.

Di samping itu, Ketua Menteri Perikatan Rakyat Chow Kon Yeoh memberi keutamaan kepada rakyat Juru bersama Timbalan Ketua Menteri Prof Ramasamy  telah tampil untuk menyelesaikan masalah. Pada pemeintahan Prof P. Ramasamy, penduduk Juru mempunyai kepercayaan yang besar bahawa hak suara mereka akan didengari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here