177,900 KEKOSONGAN JAWATAN, KATA JABATAN PERANGKAAN

Putra Jaya, 9 Mei,

Sektor ekonomi merekodkan 177,900 kekosongan jawatan pada suku pertama 2021, menyaksikan permintaan buruh di negara ini menunjukkan pemulihan sederhana, kata Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, antara perkara menyumbang kepada pemulihan itu ialah kelonggaran beberapa sekatan yang dikenakan pada peringkat awal perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai Januari selain pelbagai insentif dan pakej rangsangan dilaksanakan kerajaan.

“Kekosongan jawatan di sektor ekonomi meningkat sebanyak 7.2% berbanding dengan suku tahun sama tahun lepas

2020- 166, 000 jawatan kosong

2021- 177,900 jawatan kosong

Uzir berkata, peningkatan kekosongan jawatan itu selari dengan prestasi ekonomi lebih baik dan dalam tempoh tersebut.

“Namun demikian, bilangan kekosongan jawatan pada suku tahun ini masih belum mencapai paras normal seperti sebelum krisis yang merekodkan secara puratanya 200,000 kekosongan jawatan dengan kadar kekosongan jawatan pada suku tahun ini meningkat 0.2 mata peratus (berbanding 1.9% untuk tempoh masa sama tahun lalu).

“Lebih separuh daripada kekosongan jawatan pada suku pertama tahun ini adalah dalam kategori separuh mahir dengan 55.5% atau bersamaan dengan 98,700 kekosongan, diikuti kategori mahir 23.5% (41,800) dan berkemahiran rendah 21% (37,400),” katanya.

Katanya, mengikut sektor ekonomi, kebanyakan kekosongan jawatan adalah di sektor pembuatan yang merekodkan 100,900 kekosongan jawatan (56.7%), terutama di subsektor produk elektrik, elektronik dan optikal (30,600), diikuti oleh subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik (18,700).

“Sementara itu, kekosongan jawatan di sektor pertanian merangkumi 28,500 kekosongan jawatan (16%) dengan sebahagian besarnya di subsektor tanaman dan ternakan, manakala terdapat sebanyak 26,800 kekosongan jawatan (15.1%) di sektor perkhidmatan terutama dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here