COVID-19: 3,807 KES BAHARU, 17 KEMATIAN

Putra Jaya, 10 Mei-

Sebanyak 3,807 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat ke 444,484.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 1,149 kes, diikuti Sarawak (649), Kelantan (329) dan Kuala Lumpur (320).

“Semua negeri mencatatkan kes baharu hari ini. Negeri mencatatkan pertambahan kes terendah ialah Labuan dan Perlis, masing-masing tiga kes,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 17 kes kematian disebabkan oleh COVID-19 dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here