JANGAN SEBARKAN BERITA PALSU-GM KLANG

Klang 9 Mei-

Video dan gambar yang telah diviralkan semalam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung dengan tiada pematuhan SOP di pusat membeli –belah yang dibanjiri dengan orang awam, pihak pengurusan GM Klang ingin menegaskan bahawa gambar itu bukan diambil di GM Klang.

GM Klang ingin memaklumkan bahawa sesiapa yang pernah ke GM Klang, sudah pastinya tahu tempat dan keadaan tersebut bukannya di GM Klang.

Pihak pengurusan GM Klang memandang serius perkara ini dan sedang mengumpul beberapa maklumat dan bukti penyebaran berita palsu ini kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya.   

Orang yang disabit kesalahan akan dihukum denda sebanyak  RM 100, 000 dan 3 tahun dipenjara. 

GM Klang meminta orang ramai sentiasa berhati-hati dengan berita sebelum  menyebarkan tanpa memeriksa kesahihan berita tersebut terlebih dahulu.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here