AKU SEBAGAI M.K. STALIN

Di mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Peribahasa ini sesuai menggambarkan beberapa ahli politik yang menyambung legasi keluarga terbabit dalam politik.

Ada di antara mereka menceburkan diri dalam kancah politik kerana mencontohi idola masing–masing tidak kira ibu bapa dan tidak kurang juga mahu identiti tersendiri.

Ahli Majlis Perundangan (MLA), Datuk Bandar, Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Ketua parti pembangkang adalah antara jawatan yang disandang oleh M.K. Stalin yang berkecimpung dalam arena politik diikuti dengan ayahnya M. Karunanithi, bekas Ketua Menteri Tamil Nadu.   

Dalam usia 14 tahun Stalin menjunam ke dalam kancah politik sehingga kini berdiri bangga sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu berjaya menduduki kerusi pemerintahaan dalam usia 68 tahun.

Beliau mewarisi Anna Dravida Muneetra Kalagam (ADMK) yang telah dipimpin oleh mendiang ayahnya sejak berdekad. Pelopor Annathurai dan Karunanithi  merupakan dua tunjang utama dalam Persatuan Dravida dan kini Stalin mengikut jejak menduduki singgahsana mewakili DMK buat kali pertama.

Pada tahun 1953 sewaktu Ketua Pertubuhan Soviet Stalin menemui ajal, Karunanithi memberikan nama pewira handal bagi anak yang baharu dilahirkan itu. Sejak dari alam kebayian Stalin boleh dikatakan sudah mula menjejak satu langkah ke dalam arena politik kerana dibesarkan di kalangan orang-orang kenamaan.

Pada tahun 1966,  sebagai pemimpin muda yang mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan beliau juga aktif dalam pembentukan Program  kebajikan bersama kumpulan pemuda dan mendidik fahaman Dravida kepada rakyat. Beliau memulakan kempen pertamanya di Gopalapuram.

Berikutan dengan itu, pada tahun 1971 beliau membuat kempen parti DMK  bagi pertama kali sewaktu beliau hanya berumur 18 tahun .

Pada alam keremajaan beliau pernah berlakon drama yang bertema ‘Murase Mulzangu’, Neethi Thevan Mayanggukiran’ dan ‘Naalai Namathe’. Kesemua drama-drama bertemakan falsafah Dravida,  mendukung hak masyarakat serta komen sosial.

Pada tahun 1976, beliau berjuang demi darurat yang diistiharkan oleh kerajaan dan dimasuk penjara setelah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa di parti DMK pada tahun 1974. Peristiwa ini mencatatkan nama Stalin sebagai memiliki daya kepimpinan yang tersendiri namun berasal dari budaya anak politik. Beliau mengharungi tapak penjara bersama ahli-ahli politik lain dari parti DK, DMK serta CBM selama setahun.

Setelah beberapa tahun mempelajari politik menjejaki langkah ayanhanda Stalin mencalonkan diri sebagai ahli parlimen buat pertama kali pada tahun 1984. Percubaan pertama di kawasan Ayiram Vilakku menemui kegagalan tetapi pada tahun 1988 di kawasan yang sama Stalin mencapai kejayaan.

Setelah itu, pada tahun 1991 beliau gagal dalam pilihanraya  berikutan dengan itu pilihanraya selama enam tempoh berturut-turut beliau mencapai kejayaan tanpa gagal. Sebanyak tiga kali memilih kawasan Kulathoor untuk bertanding.

Penyertaan mereka yang berlainan ideologi politik bukan perkara baru dalam dunia politik malah menjadi kelaziman setiap kali PRU diadakan. Begitu juga Vaiko yang berasa kesinaran bintang Stalin semakin mengkaburkan  kejayaannya maka berpisah dari DMK dan menubuhkan parti baru MDMK.

Penglibatan Vaiko bersama Stalin baru-baru ini jelas menunjukkan  kepimpinan Stalin walaupun Vaiko pada suatu masa berpisah dari parti induknya.

Pada tahun 1996 setelah memegang kerusi Parlimen beliau menjawat jawatan Datuk Bandar di Bandaraya Chennai. Beliau merupakan Datuk Bandar pertama yang dipilih oleh rakyat  dan Stalin dipilih lagi menjawat jawatan berkenaan sekali lagi untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar.  Pada masa itu, beliau  menggunakan pendekatan sendiri termasuk bergiat aktif dalam pertubuhan dan memodenkan Bandar Chennai dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan. Chennai mendapat nama gelaran ‘Singgara Chennai’pada zaman kegemilangan 2002 sewaktu Stalin juga memegang jawatan sebagai Ahli dewan perundangan (MLA).

Sehubungan dengan itu, pada tahun 2006 beliau bertanding dalam kerusi ahli parlimen dan memenangi Pilihan Raya menyandang jawatan menteri penuh  sebagai Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 2009 beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri  dan 2011 dan 2016 menjadi Ahli Dewan Perundangan (MLA).

Pada tahun 2003 dan 2008 beliau juga menyandang jawatan masing-masing sebagai setiausaha Khas serta Bendahari parti DMK.

Pada tahun 2016 beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Parti Pembangkang. Namun, apa juga usaha, tindakan dan tujuan beliau semestinya akan dinyatakan menerusi legasi ketokohan ayahnya. Oleh kerana ayahnya berusia Stalin menjadi pemangku Pengerusi parti DMK.

Pada tahun 2018 apabila Karunanithi menemui ajal Stalin mengambil alih jawatan Ketua Menteri Parti DMK berikutan pada tahun 2019 memenangi 38 kerusi daripada 39 dalam pilihanraya umum parlimen. Tetapi ditewaskan oleh pihak pembangkang ADMK memenangi kerusi majoriti.

Kini beliau kembali balik menandingi Pilihanraya Umum dan meraih kejayaan yang tidak setanding dengan mana-mana parti lain di Tamil Nadu dengan memenangi 159 kerusi.

Hasil usaha membuat kempen secara menyeluruh  pelosok Tamil Nadu menjadikan beliau berjaya menjadi Ketua Menteri  Tamil Nadu buat kali pertama. Walaupun berkecimbung dalam politik memang kerana ayahnya tetapi latarbelakang  pengalaman lebih 50 tahun berubah menjadikan Stalin sebagai seorang ahli politik yang berkaliber untuk memerintah Tamil Nadu.

Ramai orang kenamaan, bintang filem menghantar ciapan twitter bahawa beliau dapat memajukan Tamil Nadu serta kematangan dalam politik dapat tadbir urus masyarakat.

Cabaran yang amat besar bagi M. K. Stalin baru-baru ini adalah untuk melengkung lonjakan kes Covid-19 yang semakin mendadak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here