DUA WARGA ASING DITAHAN MENGGUNAKAN DOKUMEN PALSU RENTAS NEGERI

Pada 9 Mei 2021, Ahad lalu dua orang warga asing telah ditahan di plaza tol Bentong menghala ke Kuantan oleh pegawai polis kerana menggunaan dokumen rentas negeri yang palsu.

Pegawai polis menahan sebuah bas expres dan memeriksa semua penumpang tersebut.Hasil pemeriksaan didapati kedua-dua warga asing yang berusia 24 dan 27 tahun fotokopi dokumen dan digunakan semula.

Pihak polis meragu dan disyaki kesahihan dokumen tersebut dan apabila ditanya mereka memperolehi maklumat bahawa, mereka mendapati dokumen berkenaan daripada rakannya bernama ‘Mezan’ dengan bayaran RM 200 bagi sehelai borang.

Siasatan lanjut juga keatas kedua suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah passport. Kes disiasat dibawah seksyen 420/511 kanun keseksaan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda manakala bagi sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 pula denda tidak lebih daripada RM 10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan.

Pada 9 Mei sehingga petang pihak IPD Bentong di SJR Tol Bentong telah keluarkan empat lagi kompaun kepada penumpang bas yang menghala ke pantai timur.

Kesemua empat orang yang kena kompaun merupakan warganegara tempatan berusia dalam lingkungan 21 hingga 37 tahun. Kesemua empat orang kena kompaun ini dikompaun di bawah Akta Peraturan 25(a) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(PPPDPPB) 2021 dimana boleh dikenakan kompaun sehingga RM 5000.00.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar mengingatkan orang ramai yang hendak membuat perjalanan rentas negeri agar tidak mengambil tindakan dengan mengemukakan borang rentas negeri yang telah diubahsuai dengan niat memalsukan dokumen tersebut.

Pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas. Polis daerah Bentong akan mengetatkan pemeriksaan di semua sekatan jalanraya antara negeri dalam daerah ini yang melibatkan sempadan Selangor dan sempadan Negeri Sembilan untuk memastikan penularan wabak covid-19 di negeri Pahang dapat dikawal memandangkan tol Bentong adalah merupakan laluan utama ke pantai timur khususnya dari Lembah Klang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here