KAWASAN YANG BERISIKO TINGGI DALAM SISTEM HIDE PERLU DIBERI KEUTAMAAN-MMA

Kuala Lumpur, 11Mei-

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Profesor Dato Dr. Subramaniam menggesa Kementerian Kesihatan untuk memulakan kerja-kerja pembasmian virus secepat mungkin di  HIDE spot.

Subramanaiam juga memempersoalkan langkah kerajaan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara sedangkan semua sektor ekonomi dibenar beroperasi seperti biasa, ia memang bercanggah.

Presiden MMA Subramaniam Muniandy berkata kerajaan sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan PKP, sambil menambah pendekatan terbaik adalah sekatan lebih ketat sekurang-kurangnya dua minggu.

Kerajaan juga harus member keutamaan mempercepatkan pemberian vaksinasi di kawasan-kawasan berkenaan dahulu. Sebelum virus ini menular ke smeua tempat atau keadaan bertambah buruk kerajaan harus membuta saringan yang pantas di kawasan-kawasan HIDE.

“Saya rasa masyarakat umum juga bimbang. Tetapi jangan tunggu sampai kerajaan mengesan dan dibawa ke hospital untuk membuat saringan. Lebih baik kalau rakyat merasa kurang selamat sekiranya pernah ke kawasan hotspot (HIDE)  sebelum dikesan diarahkan untuk membuat saringan secara rela” kata Dr Subra kepada rakyat.

SOP yang ketat mesti ada untuk sektor yang lebih rentan terhadap wabak Covid-19, katanya, sambil menambah negara kini perlu belajar bagaimana untuk hidup dengan virus tersebut.

“Langkah-langkah kesihatan awam bukan untuk membasmi virus. Kita tidak dapat membasmi virus itu dari komuniti sekarang. Tujuannya adalah untuk memastikan wabak itu tidak berada di luar kawalan hingga menyebabkan sistem kesihatan awam kita lumpuh.”

Katanya pengesanan kontak oleh KKM ketika ini belum cukup baik, terutama susulan beberapa dakwaan respons yang lambat berhubung perkara ini.

“Kami ada dengar beberapa kes di mana pesakit hanya dibawa ke pusat rawatan beberapa hari setelah didapati positif. Apa lagi kontak rapat? Satu-satunya cara kita dapat memastikan angka kita rendah adalah dengan mengenal pasti semua kontak rapat pesakit dalam masa 48 jam dan menguji serta mengasingkan mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here