Kuala Lumpur, 11 Mei-
Kementerian Sumber Manusia (KSM) menafikan laporan portal yang mendakwa kementerian itu menggantung penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446).
Menteri berkenaan Datuk Seri M. Saravanan berkata penguatkuasaan akta itu masih berterusan dan KSM sentiasa melaksanakan penguatkuasaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang merangkumi sektor-sektor ditetapkan.
Tetapi ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mempropagandakan pergantungan pelaksanaan akta berkenaan.
“Terdapat laporan portal dalam talian bahawa KSM menggantung penguatkuasaan terhadap majikan dari segi penguatkuasaan Akta 446, yang mana ini tidak benar” kata M Saravanan.
Sebaliknya kami menyertai pelbagai kriteria untuk menambahbaik pelaksanaan Akta 446. PADA Sabtu yang lalu seramai 17 882 majikan telah diperiksa dan dibawah pantauan mereka seramai 1673060 pekerja masih bekerja.
Dalam angka ini seramai 6069 majikan mematuhi peraturan SOP manakala majikan yang tidak mematuhi peraturan akan mangambil tindakan undang-undangan ke atas 11813 orang majikan jika disabit kesalahan.
Sehubungan denganitu, sebanyak 706 kes siasatan telah dibuka dan 120 kes diberi kebenaran untuk disiasat. Dalam itu, 39 kesalahan diselesaikan dengan wang denda bernilai RM 301000.
Sementara itu, sebnayak 103 829 tempat penginapan kemudahan pekerja yang dimuat oleh 670 445 pekerja telah membuat pemeriksaan kata Menteri Sumber Manusia.
M Saravanan juga menegaskan kepada pihak media dan laman sosial bahawa dalam masa pandemik kesahihan tentang berita amat penting supaya tidak mengelirukan pihak yang bertugas dalam kementerian. Jika tidak pasti akan kebenaran digalakkan untuk dipastikan dari pihak berkenaan.