Kita melihat sebilangan orang kaya tidak perlu risau akan apa yang hendak dimakan. Mereka boleh menikmati apa jua makanan yang diingini. Apabila mereka bangun daripada tidur, mereka dapat menikmati tempat perlindungan yang selesa untuk bersiap sedia ke luar untuk meneruskan kehidupan.
Malangnya gelandangan seperti Mahalechumy, kehidupan mereka penuh dengan dukacita dan sengsara.
Ustaz Ebit Lew yang mencari keberkatan untuk menghulurkan sumbangan terutama meneruskan aktiviti kebajikan walaupun pada masa negara kita diuji pandemik Covid-19 tanpa mengira agama, bangsa dan latarbelakang.
Satu kisah yang dikongsi di akaun Facebooknya benar-benar mengundang rasa sebak di kalangan netizen apabila dia membantu seorang wanita yang berusia 62 tahun berbangsa India bernama Mahaletchumy di Kuala Lumpur.
Ibarat sentuhan kasih anak kepada ibunya, Ebit Lew membelikan makanan dan menyewa sebuah rumah kepada aunty Maha.
Aunty Maha sentiasa dikatakan hidup merempat di jalanan seorang diri sejak 14 tahun di bawah sebatang pokok.
Orang yang sering terserempak aunty Maha di situ, meminta Ebit Lew untuk mendapatkan sebuah tempat perlindungan kerana aunty melakukan semua rutin hariannya di kawasan yang berhampiran itu seperti mencari serta menjual barang-barang besi buruk dan barang kitaran semula untuk mengisi perutnya.
Menurutnya, kadangkala ada insan yang prihatin memberinya makanan melihat wanita yang sering mencari bahan buruk di tepi jalan bersama troli barangan runcit.
Ebit lew, berkata “aunty Maha meluahkan isi hati bahawa dia telah berkahwin dan pernah dihuni di sebuah rumah sewa dan dihalau keluar beberapa tahun lalu kerana tidak dapat membayar sewanya”
“Aunty Maha menolak tawaran untuk menyewakan sebuah rumah. Aunty menyuruh bantu orang yang kurang bertuah daripadanya juga berkata saya masih bertenaga dan boleh bekerja” .
Ebit Lew berkata, dia memujuk Aunthy maha menerima pertolongannya tetapi wanita itu enggan kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.
“Beliau menangis setelah Ebit Lew memang betul menyewakan sebuah rumah serta membelikan barang runcit dan pakaian bagi aunty Maha. Aunty Maha kini lebih selamat dan selesa tinggal di Mentari Court di Petaling Jaya
Saya akan bayar sewa rumah Aunty Maha supaya boleh tidur di tempat yang lebih selamat dan lebih elok,” katanya.