PERKHIDMATAN PERANGKAP LEMAK, MINYAK & GRIS INDAH WATER KONSORTIUM (IWK) USAHA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Selayang, Mei 12-

Majlis Perbandaran Selayang mengambil usaha untuk perkhidmatan pengosongan sistem perangkap lemak, minyak dan gris (Fat, Oil & Grease – FOG) kepada pemilik premis makanan, pengusaha restoran dan kedai makan serta operator medan selera.

Daripada 39 kawasan  70 premis akan menggunakan sistem gris. Pengosongan sistem perangkap lemak, minyak dan gris dilancarkan mulai 29 Mac oleh Indah Water Konsortium. Kerja pembersihan ini akan selesai pada akhir bulan Mei ini, kata ketua Pegawai Pengurusan Narendran Maniam.

Majlis Perbandaran Selayang merupakan majlis tempatan yang pertama menggunakan perkhidmatan IWK yang menawarkan perkhidmatan pengosongan sistem tangki/perangkap FOG kepada premis-premis yang menggunakan sistem tersebut.

Perkhidmatan baharu yang disediakan oleh IWK ini bukan sahaja dapat mengurangkan pencemaran FOG ke atas alam sekitar dan sumber air, malah dapat menangani masalah paip pembetungan yang tersumbat akibat pembuangan FOG secara tidak teratur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here