COVID-19: KES BAHARU BERTAMBAH KEPADA 4113

Putrajaya,. Mei 14-

Kes positif COVID-19 harian negara bertambah 4,113 pesakit setakat hingga tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 462,190 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor masih lagi mencatatkan jumlah kes harian tertinggi, iaitu 1,269 kes.

Beliau berkata, ini disusuli Sarawak dengan 533 kes, Kelantan (371), Johor (335) dan Kuala Lumpur (306).

Perlis dan Labuan antara yang mencatatkan kes satu angka, iaitu masing-masing lima dan enam kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here