KAMI BERSEDIA BEKERJASAMA DENGAN MIC – EHSAN PROPERTY

Sungai Siput, 14 Mei –

Ehsan Property sedia bekerjasama dengan Malaysian Indian Kongres
(MIC) khususnya demi kebajikan masyarakat.

Presidennya Dato Haji Abdul Hamid B.V Abdu berkata langkah untuk bekerjasama dengan Ehsan Property satu peluang keemasan dan pengiktirafan .

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran,amat besar hati dan tertarik dengan  pengamalan kebajikan oleh Kumpulan Ehsan dan beliau sanggup menjalin kerjasama supaya dapat menghulurkan kebajikan bersama-sama.

Baru-baru ini majlis pemberian barang keperluan dan wang raya golongan B40, kurang upaya, ibu tunggal  yang dianjurkan oleh Kumpulan Ehsan Property di Sungai Siput dihadiri oleh  Tan Sri SA Vigneswaran.

Seramai 200 orang terlibat dalam majlis ini yang diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Wang raya yang dihulurkan sebanyak RM 100 oleh Dato Seri Haji Abdul Hamid dan RM 100 oleh Tan SRI Vignesvaran menggembirakan para hadirin kerana dapat mengurangkan beban rakyat pada pandemik ini.

Vigneswaran turut memuji Dato Hamid yang sanggup memberikan bantuan secara rela bersama isterinya Datin  Hajaran binti Amiran demi kebajikan rakyat.

Beliau turut mengajak Dato Haji Abdul Hamid untuk bekerjasama dengan MIC untuk membantu masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here