ADUN MEMBERI KEYAKINAN DAPAT MENGATASI MASALAH PERUMAHAN PANGSAPURI TAMAN BIDARA

Seremban, 18 Mei-

Ahli Dewan Undangan Negeri YB Tuan P Gunasekaran merangkap kawasan Seremban Jaya meyakinkan bahawa penyelesaian segera terhadap pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan pangsapuri Taman Bidara akan diambil segera.

Dia sebelumnya telah bertemu dan berbincang dengan penduduk di sini, bahawa telah menerima aduan  mengenai pelbagai masalah yang mereka hadapi dan  berunding untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Berbagai isu seperti kerja pemulihan dan pembersihan kawasan, masalah pengurusan dan pemeliharaan taman dan masalah sosial di kalangan penduduk dan langkah-langkah kesihatan telah dibincangkan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Seremban Jamila Syed Ali dan dihadiri oleh penduduk Taman Bidara. Terdapat kira-kira 175 rumah di pangsapuri berkenaan. Sebelumnya, Guna telah memberikan ‘angpau’ kepada kanak-kanak Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri bagi menceriakan sambutan.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here