RAJINI MENYUMBANG RS 50 LAKH UNTUK TABUNG BANTUAN COVID-19

Tamil Nadu, Mei 18-

Pelakon popular Tamil, Rajinikanth Isnin yang lalu telah menghulurkan sumbangan sebanyak Rs 50 lakh bagi Tabung bantuan Covid-19.

Beliau bertemu dengan Ketua Menteri Tamil Nadu MK Stalin di Ibu pejabat, Chennai untuk menyumbang sumbangannya ketika negara itu memerangi gelombang kedua koronavirus.

Dia juga meminta orang ramai supaya mengikuti panduan yang diberikan oleh kerajaan dalam menangani Covid-19.

“Untuk membasmi Covid-19, saya telah menyumbangkan Rs 50 000 lakh untuk Tabung Bantuan Ketua Menteri Tamil Nadu. Orang awam harus mengikuti peraturan dan langkah-langkah keselamatan supaya dapat memerangi  jangkitan ini” kata Rajinikanth.

Setelah permintaan MK Stalin kepada para pelakon, selebriti, orang kenamaan dan  orang ramai untuk menyumbangkan wang kepada Dana Bantuan Ketua Menteri untuk melawan gelombang kedua yang amat merebak secara besar-besaran.  

Berikutan dengan ini, pelakon Sivakumar serta keluarganya menyumbang satu million, pelakon Ajith, Uthayanithi, Sivakarthikeyan dan pengarah filem AR Murugadoss masing-masing menghulurkan sebanyak Rs 25 lakh.    

Sebelumnya pada hari Ahad, MK Stalin mengatakan bahawa mereka telah membentuk Jawatankuasa Penasihat Ahli Legislatif yang diketuai oleh Ketua Menteri MK Stalin dan dianggotai oleh Ahli  Dewan Perundangan untuk menangani pandemik Covid-19.

Bekas Menteri Kesihatan C Vijayabaskar, Ahli Parlimen DMK, N Ezhilan dan GK Mani dari Pattali Makkal Katchi (PMK) adalah antara Ahli Jawatankuasa terkemuka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here