COVID-19 : KES BAHARU MENCATAT 6075

Petaling Jaya, Mei 19-

Kementerian Kesihatan melaporkan 6,075 kes baharu Covid-19 hari ini. Ini merupakan rekod tertinggi di negara berdepan dengan gelombang ketiga penularan covid-19 kali ini.

Rekod sebelum ini ialah 5,728 kes yang dicatatkan pada 30 Jan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 2,251 kes.

Hampir separuh kes baru (48 peratus) direkodkan di Lembah Klang.

 Pecahan negeri:

Selangor: 2,251 kes

Johor: 699 kes

KL: 660 kes

Kedah: 445 kes

Kelantan: 441 kes

Sarawak: 323 kes

Perak: 220 kes

Terengganu: 203 kes

Negeri Sembilan: 189 kes

Pulau Pinang: 183 kes
Sabah: 160 kes

Pahang: 150 kes
Melaka: 122 kes
Labuan: 14 kes
Putrajaya: 9 kes
Perlis: 6 kes

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here