PASAR AWAM JELUTONG DAN BAGAN AJAM DITUTUP

Georgetown, Mei 19-

Dua pasar di Pulau Pinang, di utara Seberang Prai dan Jelutong diarah tutup oleh Majlis Perbandaran.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Datuk Rozali Mohamud berkata, penutupan pasar awam adalah untuk proses sanitasi dan ia akan dibuka setelah 10 hari.

Sebanyak 186 kedai diarahkan berhenti operasi setelah didapati ada empat jangkitan kes positif Covid-19.  

Dengan insiden ini pasar Bagan Ajam sebanyak 8 kes Covid -19 telah disahkan. Di kedua-dua pasar Jelutong dan bagan Ajam seramai 1000 hingga 800 pelanggan berkunjung setiap hari. Demi keselamatan para pelanggan kedua-dua pasar awam di Pulau Pinang ini diarahkan tutup oleh Majlis Perbandaran.

Kesemua kedai makanan dan kedai bahan makanan mentah telah disembur kuman setelah Datuk Bandar Majlis Perbandaran Pulau Pinang,  Yew Tung Seang dan  Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Prai Datuk Rozali Mohamud akan mengambil tindakan ke atas kedai yang tidak  memastikan kebersihan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here